
Madrasah Al-Yamani Kampung Baru Kuala Lumpur menganjurkan Projek Infaq Ramadhan. Orang ramai berpeluang untuk membeli pek yang kami sediakan dan kami akan hantarkannya ke masjid dan surau terpilih sebagai juadah berbuka puasa.
Pakej terdiri dari sebotol Air Minuman Al-Yamani dan 3 biji buah kurma. Harga setiap pakej adalah RM2.00 sahaja. Keuntungan dari projek ini disalurkan untuk pembiayaan Madrasah Al-Yamani di Kampung Baru Kuala Lumpur yang menempatkan pelajar hafiz dan hafizah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.
Hadith Riwayat | At-Tirmidzi
” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Hadith Riwayat | At-Tirmidzi
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 013-4044 902 – Ustaz Zaid

